Sunday, 28 April 2013

Tahniah kepada AJK PSGFM Yang Dilantik

Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,

Didahului dengan syukur kepada Allah yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat dan keredaanNya, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad saw dan keluarganya serta sekelian sahabatnya. Dengan doa selamat sejahtera kepada seluruh guru, jurulatih, pesilat PSGFM dari yang serumpun dan sebenih dengannya. Amin.

Pihak PSGFM mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua AJK Pusat yang dilantik. Gabungan di antara muka-muka lama dan baru memberikan nafas baru dalam memacu PSGFM dalam mencapai agenda utama yang telah ditetapkan oleh Allahyarham Tuan Haji Anuar Abdul Wahab AMN dalam melaksanakan pendidikan silat dengan berkesan. Bersama-samalah kita memertabatkan Malaysia sebagai negara silat serta mengukuhkan silat versi Malaysia menjadi seni mempertahankan diri bangsa Malaysia dan sumbangan bangsa Malaysia kepada tamadun dunia.

Di samping itu juga, buat julung-julung kalinya PSGFM telah mengetengahkan 3 orang muka baru daripada kaum hawa yang dijangka dapat membantu PSGFM dalam menambah bilangan ahli perempuan sama ada pada peringkat kanak-kanak, belia mahupun orang dewasa. Ketiga-tiga mereka mempunyai pengalaman luas dalam bidang ekonomi dan pengurusan projek. Diharapkan mereka dapat melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sabar dan tekun dalam memertabatkan PSGFM sebagai sebuah pertubuhan silat yang kukuh dari segi keilmuan, pentadbiran mahupun ekonomi.

psgfm_pusat2

Sekali lagi pihak PSGFM mengucapkan tahniah di atas perlantikan ini. Fatani Nusa Bakti.

 1


View the original article here

No comments:

Post a Comment