Sunday, 30 December 2012

Highlight Pusat Cemerlang Silat 2012

December 31st, 2012Written by: admin

Assalamualaikum w.b.t.  dan Salam Sejahtera,

Syukur ke hadrat Ilahi kerana Tahun 2012 adalah tahun yang amat bermakna kepada Pusat Cemerlang Silat apabila kita berjaya melahirkan seorang Pakar Silat Dunia yang berjaya mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa. Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie telah berjaya menjadi seorang cendiakawan pertama di dunia persilatan apabila telah cemerlang melepasi peperiksaan VIVA PhD pada 14 Febuari 2012 di United Kingdom. Hasil kerja tangan beliau dibantu pasukan kajian di UK telah melalui satu proses yang lama untuk menyiapkan kajian ‘masterpiece’ di dalam dunia moden sains kejurulatihan sukan beladiri iaitu ‘Silat’. Berita penuh juga di paparkan di sini.


Dunia tanah air amat terkejut dengan pemergian Pendita Silat Negara, Allahyarham Tuan Guru Hj Anuar Abdul Wahab yang telah pulang menemui Pencipata-Nya 10 Mac 2009 dan ternanti-nanti kemunculan seorang lagi tokoh silat yang akan berbakti untuk negara. Bak kata pepatah ‘ Patah Tumbuh Hilang Berganti’ kejayaan Dr. Nizam ini diharapkan dapat membangkitkan semangat ahli-ahli PCS untuk terus berjaya dalam setiap bidang yang diceburi di samping menyambung segala gerak kerja yang dilakukan oleh Allahyarham AAW.

Selain itu juga, PCS telah memberi banyak ruang kepada para pesilat dan jurulatih untuk menunjukkan kebolehan mereka sama ada dari segi latihan, pertandingan, persembahan mahupun kepimpinan silat. Antara jurulatih yang berkerja keras untuk mengembangkan Silat adalah Tuan Guru Aminuddin Anuar , Tuan Guru Shahiid Elias dan Cikgu Safwan Abu Hassan. Selain itu juga, kejayaan Cikgu Fiqah Qari yang menjadi pelajar cemerlang di UiTM dan Pesilat Ali Rozaidin menjadi pelajar terbaik SPM (kini di USA menyambung pelajaran) menjadi pencetus semangat kepada semua ahli-ahli PCS untuk berjaya sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.

Berikut adalah detik-detik manis dan cemerlang untuk kita imbas untuk tahun 2012:
- PCS menjadi pusat latihan pertama menggunakan sistem pendaftaran silat online di Malaysia.
- Pesilat PCS Ali M. Rozaiddin menjadi pelajar terbaik SPM.
- Ahli-ahli PCS melakukan persembahan silat di Ekspo Islam Putrajaya.
- Kejayaan Dr. Nizam di UK.
- Persembahan Silat di Central Market Jemputan Antarabangsa.
- Kunjugan pesilat UK dan Canada.

Diharapkan Tahun 2013 ini akan memberikan impak yang GEMILANG kepada Pusat Cemerlang Silat dengan sekembalinya Dr. Nizam dari UK. Diharapkan semua ahli dapat menggunakan peluang ini untuk terus maju dalam bidang persilatan dan menghayati semangat Pendekar yang dipelajari setiap minggu semasa latihan.

Akhir kata, semoga maju jaya dan mari bersama-sama menuju kejayaan pada tahun 2013.

P/S – Jangan lupa untuk menyedekahkan Al-Fatihah dan doa kepada Allahyarham Tuan Hj. Anuar Abdul Wahab dan para guru silat yang telah meninggalkan kita ilmu warisan bangsa yang tidak ternilai ini. Al-Fatihah.
PCS ADMIN TEAM

View the original article here

No comments:

Post a Comment