January 6th, 2013Written by: admin
Oleh:
Tuan Guru Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Pakar Silat Malaysia)
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang,
Didahului dengan syukur kepada Allah yang Maha Esa yang telah melimpahkan rahmat dan keredaan-Nya, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan keluarganya serta sekelian sahabatnya. Dengan doa selamat sejahtera kepada kedua ibu bapaku, seluruh guru, jurulatih, pesilat Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi, Pusat Cemerlang Silat & Silat Melayu dari yang serumpun dan sebenih dengannya. Amin.
Sekalong bunga kepada semua pihak yang membantu saya menjadi sorang yang berguna untuk Agama, Bangsa & Negara. Diharapkan dapat kita bersama-salah memertabatkan Silat Malaysia sebagai negara silat serta mengukuhkan silat versi Malaysia menjadi seni mempertahankan diri bangsa Malaysia dan sumbangan bangsa Malaysia kepada tamadun dunia.
Melangkah saya ke tahun 2013 ini dengan azam yang kuat untuk mempromosikan SILAT MALAYSIA ke peringkat akar umbi. Sekembali saya dari UK dengan segulung ijazah yang telah saya janjikan dengan Allayarham Guru Anuar Abdul Wahab, saya telah menyusun pelbagai langkah untuk memertabatkan Silat di Malaysia.
Antara langkah awal adalah menyediakan satu pasukan silat yang kuat dari segi pengurusan, pertandingan dan pengukuhan ilmu silat. Alhamdullilah langkah ini membuahkan hasil apabila kelab silat di UM berjaya ditubuhkan. Namun begitu usaha ini tidak mungkin akan berhasil tanpa sokongan dan penglibatan semua pihak termasuklah sokongan Presiden PESAKA, Dato Seri ALi Rustam, Datuk Rohana Yusuf (TNC HEP UM) & Pengetua Kolej Ungku Aziz, Dr. Nadrahtul Wardah yang bersama-sama membantu saya dan para pelajar Universiti Malaya untuk menubuhkan Kelab Silat Universiti Malaya (KSUM).
Antara lain matlamat kelab ini adalah:
- Untuk mengetengahkan bakat – bakat yang terpendam dalam Sukan Silat, tanpa dipengaruhi oleh ideologi – ideologi luar, yang kerap menimbulkan pelbagai masalah di Universiti Malaya.
- Mempelopori Silat itu Sukan, serta menjadikan Silat satu sukan yang disertai oleh semua kaum, selaras dengan hasrat kerajaan menerusi slogannya iaitu 1 Malaysia.
- Menaikkan nama Universiti Malaya, menerusi penyelidikan sukan silat yang berterusan, sama ada di dalam, mahupun di luar negara.
Usaha murni ini telah membuahkan hasil apabila kelab ini diluluskan pada pertengahan tahun 2012. Pelbagai aktiviti telah dilakukan untuk meramaikan ahli termasuk persembahan dalam dan luar UM. Selain itu juga, para pelajar diketengahkan dengan pelbagai isu silat di Malaysia termasuklah isu-isu terkini pertandingan silat.
Selain daripada KSUM, saya telah dijemput oleh Guru Shahiid menjadi penasihat kepada beberapa aktiviti Pusat Cemerlang Silat (PCS) termasuklah persembahan silat dan pengajaran silat di luar UM.
Tambahan juga beberapa orang pelajar PCS telah diterima mengikuti pengambaran video di rancangan TV ASTRO bawah kendalian Cikgu Safwan. Mereka juga kerap dijemput mengadakan persembahan silat di majlis-majlis perkahwinan. Ini amat baik kerana para pelajar ini masih cilik dan mempunyai keberanian untuk melakukan aksi silat dengan baik sekali.
Usaha ini perlu diteruskan oleh para jurulatih muda terutamanya yang baru tamat bengkung HITAM iaitu Pendekar. Kursus Jurulatih Tahap 1 dan 2 perlu dituruti supaya mempelajari andragogi dan pedagogi pengajaran kurikulum silat di peringkat sekolah rendah. Langkah ini perlu diutamakan kerana pada pemerhatian saya dan Allahyarham AAW, kami mendapati ramai jurulatih veteran dan kelas dewasa tidak mempunyai asas yang kuat dalam memahami pengurusan silat di peringkat awal kanak-kanak termasuklah aktiviti latihan silat. Jesteru itu, satu sistem telah kami lakukan untuk memastikan semua jurulatih silat memahami kehendak dan psikologi minat kanak-kanak untuk tertarik melibatkan diri dalam aktiviti silat.
Sistem ini telah diuruskan dengan baik oleh pihak kementerian apabila memperkenalkan Modul Awal 1 dan 2 Kurikulum Seni Silat Malaysia. Dengan mengikuti modul ini maka ramai jurulatih aliran berbeza dapat memahami kehendak dan aplikasi yang diperlukan untuk pengajaran silat di usia muda.
Bercakap mengenai Kurikulum Silat Malaysia, saya juga baru sahaja tamat menyelesaikan sesi modul SILAT MALAYSIA di Universiti Sains Islam Malaysia. Para pelajar yang kebanyakan tiada asas silat telah diberi peluang untuk mempelajari ilmu ini secara teori dan amali. Aksi-aksi mereka dapat dilihat pada video-video pada post yang lepas. Walaupun, terdapat beberapa kelemahan dalam pergerakan silat, namun aksi ini dapat dibaiki pada minggu terakhir kuliah tersebut di mana para pelajar dikehendaki melakukan amali silat termasuklah bunga silat, jurus silat, buah pukulan silat, buah beladiri silat dan tempur beladiri.
Komitmen yang diberikan oleh Pusat Kemahiran Insaniah, USIM dalam memertabatkan SILAT adalah amat baik sekali kerana dapat saya lihat perkembangan para pelajar universiti yang cuba memperbaiki ‘sofskills’ serta menambah pengalaman dalam sesuatu bidang yang diceburi. Bermula dari minggu pertama hingga ke minggu empat belas, para pelajar ini telah melakukan yang terbaik dalam memahami halatuju SILAT MALAYSIA dan peranan mereka dalam mengembangkan Silat versi Malaysia ini. Usaha ini telah di sambut dengan baik apabila projek terakhir mereka melakukan aktiviti Silat di Kampung Sg. Lang Tengah, Banting Selangor Darul Ehsan. Selain berkomunikasi dengan penduduk kampung, mereka juga mendapat peluang berinteraksi dan bertukar-tukar pendapat dengan pesilat dari Universiti Malaya dan para pelajar sekolah sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
Perkembangan terkini adalah saya sedang sibuk menyiapkan kertas-kertas ilmiah untuk diterbitkan dalam makalah-makalah antarabangsa mengenai kajian silat di peringkat antarabangsa. Terdapat banyak ruang kosong untuk diisi terutamanya kaedah latihan silat saintifik dan juga tahap perestasi di peringkat atlit elit Silat Olahraga. Jesteru itu, antara usaha awal untuk mendokumentasikan semua ini saya telah menjadi pakar runding untuk Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi, saya juga secara sukarela bersetuju untuk turun padang melatih atlit muda untuk dikembangkan menjadi atlit prestasi tinggi dalam masa 5-7 tahun dari sekarang.
Paling menarik apabila saya kembali aktif turun padang ke sekolah-sekolah berjumpa dengan para guru yang telah lama saya tidak berjumpa semenjak 6 tahun yang lepas. Pelbagai keluh kesah dan aduan diberikan kepada saya mengenai pengganti-penganti yang tidak atau saya kenali. Telah saya katakan bahawa saya akan kembali ke semua sekolah-sekolah yang telah saya buka gelanggang silat semenjak 10 tahun yang lepas. Diharapkan jurulatih yang mengajar dapat memberi kerjasama untuk mula mencari gelanggang lain kerana gelanggang-gelanggang ini akan dilatih oleh saya ataupun jurulatih-jurulatih Pusat Cemerlang Silat mahupun Kelab Silat Olahraga Bandar Baru Bangi. Kepada yang terasa mahukan ilmu ataupun pembaharuan daripada segi latihan mahupun pengurusan silat silalah berhubung dengan Pengurus saya iaitu Guru Shahiid.
Telah saya berjanji dengan Allahyarham AAW bahawa kerja silat ini adalah kerja serious dan memerlukan komitmen yang tinggi bukan sekadar suka-suka mahupun main-main kerana persaingan kita bukan setakat dengan mereka yang berbaju putih tetapi juga dengan seni beladiri lain yang sedang berkembang pesat di Amerika dan Eropah.
Kepada yang bekerja silat sekadar separuh masa silalah hormat kepada mereka yang berusaha keras bekerja membangun dan memajukan silat sepenuh masa dari dulu hingga kini. Ada yang terus bersilat tidak kira sama ada usia lanjut untuk berkahwin malah ada juga bersama-sama pasangan mengembang silat tanpa mempedulikan mereka yang pandai bercakap ini.
Mana yang telah lama berhenti dan muncul kembali seperti orang baru bangun dari tidur silalah kenal pasti punca masalah dalam silat ini. Kadangkala anda yang telah ketinggalan dari segi bidang keilmuan atau realiti cuba membidaah mereka yang telah berusaha keras untuk maju dalam bidang persilatan semenjak ketiadaan anda.
Teori-teori orang-orang lama ini hanya boleh dipakai kepada mereka yang seangkatan dengan diri mereka sahaja. Allahyarham AAW telah maju dan memajukan sistem pendidikan silat maka jangan anda cuba menidakkan sumbangan ini. Sama ada anda suka atau tidak kami di PCS dan KSOB akan terus memacu memajukan sukatan kurikulum silat ini. Minta maaf jikalau terasa kerana lebih baik anda terus tidur daripada bangun sesat menyesatkan mereka yang berhati murni yang ingin mempelajari silat dengan hati yang nurani.
Kepada semua jurulatih dan ahli PCS & KSOB saya doakan tahun 2013 akan menjadi tahun yang baik untuk kita bermula kembali memertabatkan SILAT MALAYSIA selaku silat negara. Usaha ini akan dihargai oleh semua pihak hanya sekiranya kita bersatu menghargainya terlebih dahulu. Mari kita berusaha dan bertawakal supaya segala gerak kerja kita diberkati oleh ALLAH. Amin.
Guru Dr. Nizam, Black Belt Seni Silat Malaysia, PhD Silat Coaching (UWIC, UK), Master in Sport Science (UiTM, Malaysia) & Bachelor in Science. The World-Recognized Silat Coach, is a top international silat guru that has 10 years of coaching experience in martial art (SILAT). Through his training center Pusat Cemerlang Silat Malaysia, he attracts many international silat students to train and master silat effectively. Within the past 5 years he has focused on research and study in area of silat coaching. He has produced more than 50 black belts students under his training center. Complete information on Guru Dr. Nizam’s product and other services offered is available on his web site. And while there, read dozens of articles an martial arts and sign up for this free ebook and newsletter.
View the original article here

No comments:
Post a Comment