Thursday 27 June 2013

Bengkel & Seminar Silat Tempur 2013

June 27th, 2013

Written by: admin

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan bahawa Bengkel dan Seminar Silat Tempur 2013 yang akan berlangsung pada 30 Jun 2013 di Universiti Malaya, Kuala Lumpur (rujuk maklumat di dalam poster di bawah) masih mempunyai 11  7 kerusi kosong untuk diisi oleh para peminat silat tanah air.

Sehubungan dengan itu, para subscriber Pusat Cemerlang Silat, Malaysia dan Guru Dr. Nizam diberi peluang terakhir untuk mengisi 11  7 slot terakhir ini. Tarikh tutup untuk mengisi kekosongan slot ini akan ditutup pada Sabtu (29.6.2013), jam 12 tengah hari untuk memberi peluang kepada urusetia membuat persedian rapi mengenai bengkel yang ditunggu-tunggu ramai oleh peminat silat tanah air sebelum menempuh bulan mulia Ramadhan tidak lama lagi.

silat_tempur

Bengkel dan Seminar ini akan memberi kelainan kerana Tuan Guru Dr. Nizam akan membentangkan kertas kerja beliau untuk pertama kali selepas pulang membuat kajian di peringkat tertinggi akademik (PhD) dalam bidang persilatan di United Kingdom. Di samping itu, beliau akan memimpin bengkel silat tempur untuk memberikan impak yang lebih besar lagi kepada para peserta program ini.

Jesteru itu, modul kandungan bengkel dan seminar ini membuka mata peminat tanah air mengenai bagaimana membangunkan sukan dalam silat terutamanya mengambil kira kegagalan sukan TANDING dan persembahan pasukan silat Negara yang statik sejak 10 – 15 tahun ini.

Kepada para peminat silat yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai program di atas boleh terus menghubungi no telefon (0173446272) yang tertera di atas atau terus membuat bayaran di akaun bank Maybank 162254710561 (Moahamd Nizam Mohamed Shapie) & sms butir2 lanjut ke no telefon (0173446272).

“SILAT ITU SUKAN”

Team PCS, Malaysia.


View the original article here

No comments:

Post a Comment